TRAVEL

TRAVEL – Bayou Lagoon Park Resort Melaka penginapan best !

 Assalamualaikum…

Haa kalau cerita pasal kisah cuti-cuti, antara perkara paling penting dalam sesebuah percutian tu semestinya penginapan kan. Haa kalau yang nak ke Melaka tuu meh aku nak share satu tempat penginapan yang best ! Sesuai kalau nak datang beramai-ramai dengan kawan-kawan atau dengan keluarga.


DSC09310
BAYOU LAGOON PARK RESORT ni terletak di Bukit Katil.. Dekat je dengan Bandaraya Melaka, dalam 15 minit camtu ha.. So kalau nak turun ke Bandar Warisan Dunia tu, memang resort ni sangat sesuai dah.. sebab lokasi dia just nice je dekat dengan bandar kan. Lepas tu resort ni ada tarikan tersendiri tau. Nak tau, sila teruskan membaca…



GOPR0986
Haa aku dan kawan-kawan blogger berpeluang menginap di Bayou Lagoon Park Resort ni sewaktu kami join trip Sahabat Media Cuti-cuti 1 Malaysia di negeri Melaka yang terkenal dengan peninggalan sejarah sewaktu zaman kegemilangan Tanah Melayu gituuu. Bilik yang kami dapat ni merupakan unit STUDIO ROOM (WITH JAKUZI). Haaa best kan ! Biasa bilik mandi hotel ade tab mandi biasa je, this unit ade JAKUZI kawww !!


DSC09306 
Ruang tamu yang luas dan selesa. Menjadi kegemaran terbaru aku pulak dah bilik konsep studio room ni. Jauh lebih selesa sebab ruang yang luas. Ada sofa, meja makan gaya island counter, dan dapur mini dengan kelengkapan asas. Stay tiga empat malam kat tempat macam ni syiok jugak !!


GOPR0985
Haa dah kabor kan yang bilik air untuk Studio Suite ni dilengkapi dengan tab mandi berjakuzi ? Hahaa.. tuang sabun, pasang air, maka berjakuzi la korang kat dalam tu ye ? Seronok sangat haih. Kalau jenis saiz petite tu, jakuzi ni boleh masuk dua orang sekali gus. Hahaa gasak la korang dalam tu.



bayou1
bayou2
Ahaa ini adalah bilik-bilik yang ada di Bayou Lagoon Park Resort ni. Ada apartment yang mempunyai dua dan tiga bilik.. dan juga penthouse dengan tiga bilik. Haa ternyata kunjungan aku dan rakan blogger ke sini telah membuahkan idea untuk aku bawak family aku bercuti ke sini.. Segala info mengenai hargai dan kemudahan lain boleh korang usha di sini :http://www.bayoulagoon.com.my/



GOPR1366
Ehemm.. bercerita mengenai tarikan BAYOU LAGOON PARK RESORT ni….


GOPR1333GOPR1328
Ia mempunyai taman air nya sendiri !! Woahh best kan kan kan ! Seronoknya tempat penginapan yang ada taman air ni, mandi manda sini syiok woo. Yang bawak adik-adik pon kompem seronok main air kat sini. Bagi yang menginap di Bayou Lagoon Park Resort ni, masuk ke taman tema air ni adalah PERCUMA !

Orang yang bukan menginap di sini pun boleh datang ke taman tema air ni. Ye lah, kot la korang memang stay Melaka then saja saja nak main air kan.. boleh masuk ke sini dengan bayaran RM20 untuk dewasa, RM15 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk senior citizen.



Haa lagi satu tarikan di Bayou Lagoon Park Resort ni, ada jugak arcade dan BAYOU 9D THEATRE yang korang kena singgah ye ! Hehehee. Selain tu, kat sini ada jugak kemudahan lain seperti dewan, bilik mesyuarat dan gimnasium.



locationmap1

Untuk maklumat lanjut, you guys boleh terus ke website :
BAYOU LAGOON PARK RESORT

Bayou Lagoon Park Resort Sdn. Bhd.
Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort,
Jalan Wakaf Utama,
75450 Bukit Katil,
Melaka.

Tel: 06-233 0888
Fax: 06-253 3876






Terima kasih sudi baca ! 

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment